expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

For More Information Just Click Here

>

Tuesday 29 October 2013

Empat Pandangan Manuia

Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan empat jenis pandangan:

  1. Pandangan mata.
  2. Pandangan akal.
  3. Pandangan nafsu.
  4. Pandangan mata hati.
PANDANGAN MATA
         Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kerata api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air - kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus). Bulan dilihat indah dari jauh tapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan berbenjol di sana sini yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat.



PANDANGAN AKAL
        Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh terserlah. Dalam kajiannya, Cladius Ptolemy (saintis terkemuka pada zamannya) percaya bahawa bentuk muka bumi ini adalah mendatar. Dunia ini ada hujungnya, yang mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, ia akan terjatuh si penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada pandangan akal Ptolemy hinggakan tiada siapa yang berani berlayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia.

        Manusia zaman pertengahan pula percaya  bahawa bumi adalah pusat edaran jagatraya [center of universe]. Kepercayaan mereka disalahkan kemudiannya oleh Galileo Galelei dan Nicolaus Copernicus yang menjelaskan bahawa bumi bukanlah pusat putaran bagi jagatraya, tetapi matahari. Dan kajian terkini membuktikan bahawa matahari beredar mengelilingi Black Hole.

       Begitulah pandangan akal manusia yang saling menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang dahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang pula dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang.

     "Akal bersikap terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah."



PANDANGAN NAFSU
         Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika akal terbatas, nafsu terbatas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatan.


PANDANGAN HATI
         Pandangan yang keempat ialah pandangan hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersihdan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan diberikan kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesuciannya terjaga.
     
         Baiklah, supaya mudah difahami, saya ingin kemukan satu metafora [analogi]. Katakanlah, kuih... cuba kita melihat kuih dengan empat pandangan - memandang kuih dengan pandangan biasa, pandangan akal, pandangan nafsu dan pandangan hati.


METAFORA MEMANDANG KUIH
Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa. Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganilisis.

Misalnya, apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, ketepatan mengandungnya, kemahiran menguli dan membakarnya? Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji akan kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut.

"Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan mata biasa"

Lain pula gayanya bagi orang yang memandang kuih itu dengan pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung tentang bentuk, nama atau cara pembuatan kuih itu. Yang penting, makan dulu. Hinggakan kerana kegelojohannya, tidak sempat bertanya pun siapa yang empunya kuih itu. Inilah keburukan pandangan nafsu. Yang dipertingkatkan hanya kesedapan dan keseronokan.

Bagaimana pula bagi orang yang melihat kuih dengan pandangan mata hati? melihat dengan pandangan mata hati akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut. Katalah, anda berada di luar negara. Apabila musim hari raya tiba, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Apabila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Apabila terlihat kuih, hati anda sedih. Kenapa?

Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pemuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenangkan kasih sayang, keperihatinan, kelembutan dan segala-gala yang baik daripada ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti, bukan sekadar pada tulang, daging dan urat ibu kita tetapi kepada yang lebih maknawi, yakni budi, kasih dan sayangnya.

"Tanyalah hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Pastinya hati kita akan menjawabnya, itulah pandangan mata hati"

Tahu dan Sedar Itu Berbeza

             Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal - dicapai dengan memiliki ilmu dan pengajaran. Manakala kesedaran letaknya di hati - dengan memiliki penghayatan dan pendidikan. Ini menjelaskan mengapa ada remaja yang mencapai kelulusan A1 dalam mata pelajaran agama islam tetapi tidak mengerjakan solat.

             Ertinya dia mungkin tahu tentang rukun, sah, batalnya solat tetapi ia tidak sedar akan kepentingan, kebaikan dan tanggungjawab mengerjakannya. Tahu, hanya 'di permukaan' yakni baru bersifat teori. Sedangkan sedar adalah lebih mendalam dan menggerakkan perilaku.

KESEDARAN ITU TERLETAK DI MANA?

             Untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah dikatakan oleh Sayidina Ali r.a yang antara lain bermaksud:

    "Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), apabila mati baru mereka terjaga (tersedar)."